Friday, August 28, 2009

Solat Tiang Agama

Berkata Rasulullah S.A.W: Barangsiapa memudah-mudahkan akan solatnya dan menghina-hina akan dia nescaya diseksa akan dia oleh Allah S.W.T dengan 15 seksa, 6 di dalam dunia, 3 ketika matinya dan 3 di dalam kuburnya dan 3 ketika bertemu dengan Tuhannya, maka berkata sahabat: " Hai Rasulullah, maka apa seksa yang mengenai akan dia di dalam dunia maka sabdanya:
  1. Diangkat oleh Allah S.W.T daripada umurnya
  2. Diangkat oleh Allah S.W.T akan berkat daripada rezekinya
  3. Diangkat oleh Allah S.W.T daripadanya akan tanda segala orang yang soleh
  4. Tiada bahagian baginya daripada Islam
  5. Daripada tiap-tiap amal kebajikan yang dibuat tiada diberi pahala atasnya
  6. Tiada diangkat baginya doanya kepada langit, maka berkata sahabat Nabi: "Hai Rasulullah, maka apa seksa yang mengenai akan dia pada ketika matinya?" Maka sabdanya:"Mati ia padahal hina, dan mati is padahal lapar, dan mati ia padahal dahaga. Dan jikalau dijiruskan akan dia dengan air sungai yang di dalam dunia nescaya tiada hilang akan dahaganya.
Berkata sahabat:"Hai Rasulullah, maka apa seksa yang mengenai akan dia di dalam kuburnya?" Maka sabdanya:
  1. Disempitkan oleh Allah S.W.T akan liang lahadnya
  2. Dihimpit di dalam kuburnya
  3. Menghantar oleh Allah S.W.T akan seorang malaikat yang mengazab hingga hari kiamat dan disiksa oleh Allah di dalam kuburnya dengan ular yang besar. Bermula namanya Syuja' Al-'Aqra', dua matanya daripada api dan dua kukunya daripada besi.
Seksa yang akan dihadapi ketika bertemu Allah S.W.T apabila belahnya langit nescaya datang akan seorang malaikat Al-'Azab dan pada tangannya itu rantai dan panjangnya itu 70 hasta, maka menjadikan ia akan dia pada lehernya. Kemudia dimasukkan ke dalam mulutnya dan dikeluarkan ia daripada duburnya, kemudia menghela ia ke atas mukanya dan belakangnya lantas menyeru kepadanya dengan berkata: "Inilah balasan orang yang mensia-siakan solat fardhu yang diperintahkan oleh Allah S.W.T, kemudian dibawa akan ia ke neraka.

(solat olehmu,hai anak adam), jangan engkau mudahkan akan solat kerana solat itu tiang agama.
Muka orang yang meninggalkan solat akan menjadi hitam pad hari kiamat.

Sekian Waallahua'alam



2 comments:

  1. solat merupakan amal ibadah yang terpenting dalam diri umat islam..jika rosak solatnya,maka rosaklah semua amal ibadahnya..

    ReplyDelete
  2. sesungguhnya siksaan bagi mereka2 yang tidak melaksanakan solat amatlah dasyat..bkn sahaja dibalas di akhirat malah di dunia dan di dalam kubur..sme2 la kita mengmbil ikhtibar..

    ReplyDelete