Sunday, October 18, 2009

POLITIK ISLAM

Politik yang diamalkan di negara kita hari ini adalah cara politik yang dibawa dari barat yang diambil dari tamaddun Greek di Rome yang wujud lama sebelum tamaddun Islam lahir. Melalui sistem politik inilah telah diambil kesempatan oleh sebahagian pejuang-pejuang Islam di Malaysia menggunakannya untuk memperjuangkan dan mendaulatkan agama Islam. Oleh itu tidak hairanlah wujudnya parti-parti politik Islam seperti PAS yang juga berada di bawah sistem politik ala Rome ini, maaf, saya tidaklah bermaksud untuk memperkecilkan perjuangan PAS. Perkara ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah begitulah juga keadaannya di negara-negara lain yang mengamalkan sistem politik ini seperti Pakistan, Mesir, Bangladesh, Algeria dan lain-lain lagi. Di negara-negara ini juga terdapat parti-parti politik yang mendakwa memperjuangkan Islam seperti PAS.

Sebenarnya, kita selamanya tidak akan berjaya untuk memperjuangkan agama Islam ini kalau kita mengambil pendekatan lain selain dari cara yang ditunjukkan oleh Allah melalui RasulNya Muhammad s.a.w. Kalau kita hendak berjaya dalam memperjuangkan Islam atau menegakkan Islam di muka bumi ini maka kita hendaklah menggunakan cara yang diredai Allah yang telah ditunjukkan oleh Allah melalui RasulNya itu. Rasulullah itu adalah sebaik contoh kepada umat manusia.

Cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah dalam menegakkan pemerintahan Islam adalah kaedah yang diredai Allah. Kaedah yang Allah reda, tentulah layak mendapat kemenangan. Kalau kita melihat kembali kepada perjuangan Rasulullah, ia bermula dengan mengajak manusia beriman (kalau dalam konteks Malaysia, kita kenalah mengajak secara hikmah orang Cina dan India supaya beriman) dan menghayati nilai dan akhlak yang mulia. Keutamaan perjuangan Rasulullah ialah membetulkan keimanan manusia dan membentuk akhlak mereka. Mendapatkan kuasa pemerintahan bukanlah merupakan keutamaan dalam Islam. Seperti firman Tuhan yang mafhumnya berbunyi "Tidak diturunkan Muhammad itu melainkan untuk membentuk akhlak manusia" . Itulah sebab nabi tidak diturunkan beserta dengan bala tentera dan kelengkapan perang canggih bagi membantunya mendapatkan kuasa. Malah nabi dilahirkan dan dibesarkan dalam keadaan lemah lagi yatim piatu.

Nabi pernah ditawarkan untuk menjadi Raja oleh musyrikin Mekah, kalau ikut fikiran kita bagus kalau diterima tawaran itu, kalau telah menjadi Raja sudah tentu dia berkuasa, mudahlah menyebarkan ajaran Islam malah boleh paksa orang masuk Islam. Tetapi sebaliknya nabi telah tolak tawaran itu kerana itu bukanlah cara yang Tuhan kehendaki. Nabi tidak pernah menawan jasad manusia dengan peraturan dan undang-undang. Sebaliknya nabi telah dapat menawan hati manusia dengan iman dan akhlaknya yang mulia. Tidak pernah saya dengar dalam sejarahnya orang masuk Islam kerana tertarik dengan jubah yang dipakai nabi atau tertarik dengan panjangnya janggut nabi, tetapi apa yang menarik mereka memeluk Islam kerana tersentuh dengan baik akhlak Rasullullah itu sendiri. Pernah satu ketika Rasulullah menziarah seorang musyrik yang dikhabarkan sedang sakit, padahal orang tersebut sebelum itu kerapkali meletakkan tahi di depan pintu rumah baginda. Tentu siapa saja akan tersentuh dengan kemuliaan akhlak Rasulullah ini. Kalau hendak tahu agama seseorang itu baik atau tak baik, betul atau tidak lihatlah pada akhlak pengikutnya. Akhlak pengikut mencerminkan agamanya.

Apabila hati manusia telah dapat ditawan dengan cara yang Tuhan reda, dengan sendirinya kuasa akan berada di tangan kita. Tidakkan lari gunung dikejar, berlalu awan nampaklah dia. Oleh itu janganlah kita taksub terhadap parti-parti politik yang terdapat di Malaysia ini kerana perjuangan Islam melalui parti ini bukanlah perjuangan Islam yang mengikut kaedah yang ditunjukkan oleh Allah melalui RasulNya Muhammad s.a.w. Sebaliknya kita kena ikut dan tekankan cara perjuangan Rasulullah, cara yang Tuhan reda. Pendekatan Rasul itulah yang sepatutnya menjadi keutamaan kita. Di sini bukanlah maknanya saya melarang anda sokong PAS atau UMNO, apa yang perlu dijauhkan apabila menyertai parti politik ialah perasaan taksub kepada parti. Kita kena ikut keutamaan.

Kalau Nabi Muhammad dilahirkan di zaman yang mempunyai sistem politik berparti seperti hari ini, saya tak fikir baginda juga akan menubuhkan satu parti untuk memperjuangkan agama Islam. Keahlian parti seseorang itu boleh dilucutkan pada bila-bila masa, sedangkan keahlian Islam tidak siapa yang boleh melucutkannya kecuali dia sendiri yang murtad. Bukanlah maksud saya di sini hendak menentang sistem politik berparti yang kita amalkan ini. Tetapi yang saya tak setuju bila kita menggunakannya untuk memperjuangkan Islam, kerana perjuangan Islam itu haruslah mengikut cara yang ditunjukkan Allah melalui RasulNya. Akibat dari menggunakan parti politik sebagai cara memperjuangkan Islam menyebabkan ahli parti menjadi taksub kepada benda yang tidak sepatutnya kita taksub, akhirnya umat Islam menjadi keliru dan berpecah belah. Sistem politik yang ada hari memang tidak dapat mengelakkan kita dari berbeza pendapat dan fahaman, tetapi sepatutnya tidaklah sampai umat Islam bergaduh dan berpecah belah kerananya. Sepatutnya kita hanya taksub kepada cara Rasulullah dalam memperjuangkan Islam kerana itulah satu-satunya cara perjuangan yang diredai Allah dan dijamin kejayaannya.

Kalau semua dari kita betul-betul bersungguh-sungguh dalam menghayati cara perjuangan Rasulullah ini maka insyallah di suatu masa nanti semua ahli parti di dalam MCA, MIC, UMNO, PAS, DAP dan lain-lainnya itu akan terdiri dari orang-orang yang beriman dan berakhlak mulia. Dengan sendirinya kuasa Islam itu tertegak juga akhirnya. Masa depan kita sebenarnya bergantung kepada apa yang kita pilih hari ini.

Wednesday, October 14, 2009

KRISIS AKHLAK PELAJAR IPT..

FENOMENA Sufiah Yusof, pelajar pintar dari Universiti Oxford yang dikatakan tergelincir akhlaknya sebenarnya sudah lama menjalar di kalangan pelajar di kampus negara ini. Sesetengah mereka cemerlang dan baik ketika di sekolah, namun tewas ketika di universiti. Ada yang bertukar watak dan perangai hingga merisaukan ibu bapa di kampung.

Ada yang beranggapan universiti sebagai jalur sempadan memisahkan keperluan mendalami bidang akademik dan agama. Bagi mereka ilmu fardu ain berhenti setakat zaman sekolah dan di universiti mula belajar ilmu fardu kifayah.

Ilmu berkaitan akidah, fiqah dan akhlak sudah belajar ketika zaman sekolah, maka zaman kampus harus tumpukan subjek akademik universiti saja. Dengan merangkul segulung ijazah, mereka menggunakannya untuk mencari wang dan pekerjaan.

Dalam buku Pembangunan di Malaysia: Ke Arah Satu Kefahaman Baru Yang Sempurna, tulisan Prof Wan Mohd Nor Wan Daud ada mengungkapkan bab yang penting iaitu Peranan Pendidikan Islam di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Bagi Prof Wan Mohd Nor, peringkat universiti cukup genting untuk menyusun dan memantapkan kefahaman Islam seseorang. Jika ketika peringkat tertinggi ini tidak diberi perhatian, ramai akan kecundang akibat arus deras kejutan budaya dan faham sekularisme yang masih menebal dalam disiplin akademik universiti.

Akibatnya sudah boleh diperhatikan di sekeliling kita, apabila ramai menjadi mangsa 'kekejaman' zaman universiti yang tidak mengenal mangsa. Putaran 'kejam' ini bertambah garang tatkala semakin ramai pelajar kehilangan pedoman diri.


Seharusnya jika individu belajar agama di sekolah menengah, sentiasa menjaga solat dan berakhlak baik, ia boleh berkekalan sehingga ke peringkat universiti dan sampai bila-bila.

Namun, iman manusia tidak ada jaminan boleh kekal tanpa sikap istiqamah dalam agama. Untuk mengekalkan iman dalam diri, ia memerlukan ilmu dan sistem yang kemas.

Kerana itulah Prof Wan Mohd Nor membuktikan bahawa Baginda Rasulullah SAW benar-benar diberi amanah menyampaikan wahyu ketika peringkat umur dewasa iaitu 40 tahun.

Ini mesej yang signifikan bahawa konteks umur yang matang sudah bersedia menerima amanah agama itu. Dalam konteks pengajian di universiti, seharusnya ada satu sistem berterusan membina keperibadian pelajar berdasarkan agama.

Apa yang ada hari ini ialah, universiti semacam melepaskan tangan dalam aspek pendidikan agama.

Seharusnya Kementerian Pengajian Tinggi menyusun dengan kemas proses pendidikan Islam yang sesuai dengan usia warga kampus. Kemungkinan setiap universiti mempunyai cara dan kaedah berbeza, namun semestinya setiap universiti mempunyai hala tuju yang sama dalam pendidikan Islam.

Ini cabaran kementerian berkenaan hari ini kerana universiti bukan sekadar pusat ilmu yang berdiri kerana bangunan fizikal yang cantik dan besar, sebaliknya pemain utama universiti ialah pelajarnya dan sistem pendidikan yang kemas untuk pelajar.

Isu kemerosotan akhlak memang ada kaitannya dengan kurangnya susunan sistem pendidikan Islam yang kemas kepada pelajarnya. Selain kursus pengajian Islam yang ditawarkan, pelajar akan menghadap 90 peratus pengajiannya tanpa elemen tambahan pendidikan Islam yang kemas.

Mereka akan menghadiri secara sukarela kuliah di masjid dan mana-mana ilmu untuk mendapatkan ilmu agama. Ini juga bukan bermakna semua pelajar pengajian Islam bebas daripada masalah moral, namun ia masih minimum dan jika ada pun bukan faktor pendidikan Islam itu, tetapi faktor peribadi yang bermasalah.

Perkara asas yang menjadi jalur minimum untuk dijadikan teras ialah supaya pelajar mempunyai pandangan alam yang Islami. Ini adalah subjek yang umum dan menjadi kerangka asas dalam memahami agama.

Ia ramuan ilmu tauhid, fikah dan akhlak yang diadun supaya membentuk kerangka memahami agama.

Untuk mewujudkan keghairahan pembentukan sistem pendidikan Islam yang kemas dan berkualiti, ia memerlukan komitmen budaya ilmu dan berjiwa besar. Jika universiti sendiri mengambil sikap tertutup dan antiilmu, maka agak sukar untuk merealisasikan impian ini.

Sebenarnya faktor kemerosotan akhlak dan miskinnya komitmen untuk mendirikan sistem pendidikan Islam yang kemas, berkait rapat dengan ranking universiti pada peringkat antarabangsa.

Badan Pemikir Nasional Mengenai Pendidikan (National Brains Trust on Education) berkata, Malaysia perlu menubuhkan beberapa pusat kecemerlangan dalam bidang pendidikan untuk melahirkan tenaga kerja kelas dunia bagi menghadapi cabaran globalisasi.

Prof Wan Mohd Nor juga berkata, kecemerlangan pada peringkat IPT bergantung kepada beberapa faktor utama berkaitan, iaitu:

  • Kecemerlangan bergantung kepada kualiti ilmiah dan akhlak serta kewibawaan pimpinan tertinggi daripada peringkat Rektor/Naib Canselor, profesor, dekan, sehinggalah kepada pensyarah.
  • Kemudahan penyelidikan yang tercermin pada khazanah perpustakaan, kemudahan ICT dan dana penyelidikan dan pembangunan.
  • Iklim dan budaya ilmu yang tinggi.
  • Pelajar yang layak dan gigih.
  • Ganjaran ekonomi yang setimpal dengan pengorbanan dan kelayakan ahli akademik, pentadbir dan pelajar.
  • Sokongan dan kepercayaan kerajaan secara berterusan terhadap kecemerlangan keilmuan jangka panjang dan jangka pendek.

Kesimpulannya, kementerian berkenaan harus serius mendirikan komitmen baru dengan menyusun sistem pendidikan Islam yang kemas pada peringkat universiti. Jika program seperti Biro Tatanegara (BTN) boleh diagendakan sebagai indoktrinasi mental pelajar, maka pendidikan Islam semestinya wajib dilaksanakan.

Malah, proses ini memerlukan komitmen budaya ilmu secara menyeluruh supaya agenda mendidik generasi terpelajar ini daripada menjadi korban 'putaran kejam' sistem universiti dapat diselamatkan. Budaya ilmu lahir jika ada komitmen tinggi daripada pemerintah dan kementerian. Pendekatan top-down sangat relevan dalam konteks ini.

Kementerian juga boleh manfaatkan institusi agama untuk mengadakan latihan kefahaman Islam kepada pemimpin atasan universiti dan pemimpin pelajar kampus.

Latihan intensif ini mensasarkan kefahaman akan pandangan alam yang Islamik. Institusi agama ini seperti badan bukan kerajaan (NGO) dan institut pemikir yang tiada kepentingan politik boleh dimanfaatkan.

INTI PATI

# Jika pendidikan agama tidak diberi perhatian ramai akan kecundang akibat arus deras kejutan budaya dan faham sekularisme yang masih menebal dalam disiplin akademik universiti.

# Tiada jaminan keimanan yang kukuh ketika di sekolah akan kekal hingga ke universiti tanpa sikap istiqamah dan pembelajaran yang berterusan.

# Universiti perlu memperkemas sistem pendidikan Islam sesuai usia penuntut sebagai benteng mempertahankan moral dan akhlak warga kampus.

# Kementerian dan universiti perlu menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menyusun sistem pendidikan Islam ke arah melahirkan graduan berpendidikan dunia dan akhirat.

Penulis ialah Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Wajib Menegak Negara Islam : Satu Tafsiran Yang Muktamad?

Terdapat sekelompok yang signifikan dari kalangan Muslim berkeyakinan bahawa mendirikan negara Islam bukan hanya satu kewajiban ke atas setiap Muslim, tetapi juga merupakan satu prinsip dalam akidah Islam yang tidak boleh digugat dan dikompromi.

Mereka berpendapat bahawa perintah untuk berhukum dengan syariah Allah tidak akan dapat dilaksanakan sepenuhnya kecuali jika di sana terdapat sebuah institusi politik yang dikuasai oleh Muslim. Sebagai contoh, hukum hudud tidak boleh dilaksanakan kecuali oleh seorang penguasa Muslim. Oleh itu, wajib mencapai tampuk kuasa untuk mendirikan negara Islam. Dalam hal ini, mendirikan negara Islam menjadi satu kewajiban yang berkait rapat dengan kesempurnaan iman seseorang kerana ia merupakan wasilah bagi pengamalan syariah sepenuhnya yang merupakan manifestasi bagi sifat ubudiyah kepada Allah taala.

Sesetengah pihak yang berkeyakinan akan wajibnya menegakkan negara Islam berhak untuk berpegang pada tafsiran yang mereka yakini, namun untuk mengatakan bahawa tafsiran mereka sebagai satu hukum yang muktamad adalah tidak betul, bahaya dan perlu diperbetulkan.

Menetapkan kewajiban menegakkan negara Islam sebagai satu prinsip akidah yang tidak boleh dicabar adalah tidak betul kerana ia tidak mempunyai dasar dalam metodologi fiqh yang dipegang oleh para ulama. Perbezaan pendapat samada mendirikan negara Islam itu wajib atau tidak lebih tepat dikatakan sebagai satu masalah yang dikatakan oleh para ulama sebagai majal al-khilaf iaitu ruang ijtihad yang diperbolehkan berlaku perbezaan pendapat. Dalam hal ini, kaedah fiqh yang sepatutnya dipakai ialah, la inkar fi masail al-ijtihad (tidak boleh dihukumkan munkar pandangan dalam soal yang dibenarkan berlaku ijtihad).

Islam membenarkan Muslim untuk berbeza pendapat dalam soal hukum menegakkan negara Islam dan perbezaan pendapat dalam persoalan ini tidak seharusnya mengakibatkan permusuhan apatah lagi sehingga menyesatkan pihak yang lain.

Walaupun artikel ini mengemukan pandangan bahawa hukum mendirikan negara Islam boleh disimpulkan juga sebagai tidak semestinya wajib, tetapi ia tidak menyarankan bahawa menegakkan negara Islam adalah haram atau bid`ah. Ia hanya bermakna bahawa Muslim yang berpegang dengan pandangan tiada pemisahan antara Islam dan politik mempunyai pilihan yang lebih luas untuk membangun satu model yang membolehkan Islam berperanaan secara positif dalam politik dan pembangunan negara.

Kuasa politik dalam bentuk sebuah negara Islam tidak menjamin umat Islam dapat hidup sepenuhnya berdasarakn syariah kerana keterbatasan akan tetap ada dalam bentuk-bentuk yang lain kerana ia adalah hakikat semulajadi alam yang Allah cipta. Atas dasar itu, hidup sebagai seorang Muslim berdasarkan keterbatasan yang ada adalah satu kemestian dan tidak menjadikannya rendah di mata Allah taala.

Sekian..

Wednesday, October 7, 2009

Takrif Ekonomi Islam

Ekonomi Islam ditakrifkan sebagai kajian al-falah manusia menerusi pengurusan sumber bumi yang berasaskan kerjasama dan penyertaan, Sementara pengakaji juga melihat ekonomi Islam sebagai sains sosial yang mengakaji masalah ekonomi yang berpegang kepada nilai-nilai Islam. Dengan kata lain, ekonomi Islam merupakan ilmu yang mengakaji kegiatan manusia yang selaras dengan kehendak syariat, dari segi memperolehi, mengguna atau mengurus sumber asli bagi kebaikan diri dan kebaikan bersama secara rohani dan jasmani bagi mendapat keredaan Allah s.w.t.

Sekiranya di dalan teori ekonomi konvensional ekonomi ditakrifkan sebagai suatu sains sosial mengenai masalah penggunaan atau mentadbir sumber-sumber yang terhad bagi memenuhi keperluan masyarakat yang tidak terhad, maka ekonomi Islam merupakan sains sosial yang mengkaji masalah ekonomi satu golongan masyarakat yang berpegang teguh kepada nilai-nilai Islam.

Di dalam ekonomi moden, keseluruhan aktiviti berkisar tentang manusia dan sosial, di dalam keadaan kehendak manusia yang tidak terbatas, sumber-sumber yang terhad, menghadapi kepelbagaian persoalan ekonomi, dan membuat pilihan dengan dipandu oleh kepentingan individu dan pertukaran yang dipandu oleh kuasa-kuasa pasaran; sementara di dalam ekonomi Islam, kesemua aktiviti-aktiviti ekonomi ini bergerak dengan dipandu oleh nilai-nilai Islam, kuasa-kuasa pasaran dan bukan pasaran.

Ekonomi Islam bersifat komprehensif kerana ia tidak mengabaikan faktor-faktor bukan ekonomi seperti politik, sosial, etika dan moral. Umpamanya pandangan Ibn Taimiya mengenai harga yang setara ( price of the equivalet ), mengenai ketidaksempurnaan pasaran dan kawalan harga, penekanannya terhadap tugas negara bagi menjamin supaya keperluan-keperluan asa orang ramai dipenuhi dan sebagainya lagi.

Cemburu Suami..

Cemburu adalah sifat semulajadi manusia seperti sifat gembira, marah dan seumpamanya. Sifat cemburu ini tidak ada siapa yang ajar, sebaliknya Allah s.w.t. yang menciptakannya semata-mata sifat yang lain untuk kebaikan manusia.

Sifat cemburu yang sedia ada dalam diri manusia hendaklah dikawal agar ia sentiasa dalam keadaan sederhana, janganlah hingga tiada langsung sifat cemburu kerana ia akan menjadikan seorang suami itu menjadi dayus. Sebaliknya jangnlah terlalu cemburu sehingga mengongkong isteri sehingga tidak dapat bergerak langsung. Kerana jika isteri dicemburui hingga keterlaluan akhirnya akan mencetuskan rasa tidak puas hati dan menyebabkan jiwa akan memberontak, natijahnya isteri berada dalam keadaan menentang kembali kedudukan suami yang terlalu memenjarakan isteri dengan cemburu keterlaluan itu.

Sifat cemburu itu penting dalam kehidupan berkeluarga, kerana ia akan menjadi benteng kepada sebarang perkara yang akan berkesudahan dengan kecurangan atau tidak baik. Suami sewajarnya waspada serta mengambil tahu terhadap bunga-bunga atau bibit-bibit tingkah laku isteri yang akan membawa natijah negatif. Memandangkan sepi terhadap bibit-bibit keburukan itu akan memungkinkan suami ditimpa penyesalan apabila keburukan itu benar-benar terjadi.

Tidak wajar membiarkan sifat cemburu menguasai diri hingga sering kali merisik setiap apa yang dilakukan oleh isteri dibelakang pengetahuannya. Adalah keterlaluan jika sehingga mengupah orang lain pula untuk menjadi 'spy' bagi mengintip pergerakan isteri ke mana saja ia pergi.

Seharusnya suami pandai menggunakan sifat cemduru itu untuk kebaikan rumahtangga dengan cara yang sederhana, mempercayai isteri tetapi dengan hati-hati bukan membuta tuli. Tidak memberi kepercayaan secara melulu sehingga membiarkan benih-benih yang membawa natijah keburukan, akhirnya tidak dapat berbuat apa-apa ketika keburukan meledak menjadi tragedi yang memalukan, menjerumuskan suami ke lembah dayus.

Sebuah hadith bermaksud:
"Sesungguhnya Rasulullah amat melarang terlalu menyelidik aurat ( rahsia peribadi ) perempuan ( isteri )."

Kesimpulannya, cemburu mesti ada bagi seorang suami tetapi tidak keterlaluan dan sebaliknya jangan terlalu rendah rasa cemburu. Kesederhanaan sifat cemburu boleh menyedarkan isteri tentang kedudukan suami yang mempunyai hak sesuatu atas dirinya sekiranya interi mengkhianati suami dn rumahtangga.

Sekian..

Monday, October 5, 2009

Anak-anak Yang Diinginkan ISLAM

ISLAM berkehendak pada yang baik dan berikut ialah syarat-syarat yang perlu ada pada diri anak-anak, iaitu:
  1. Badan yang sihat dan kuat
  2. Berilmu
  3. Bercita-cita tinggi
  4. Berakhlak mulia
  5. Taat kepada peraturan Allah s.w.t
Badan yang sihat dan kuat

Dengan adanya kesihatan yang baik dari segi fizikal dan mental maka anak-anak mempunyai peluang yang baik untuk mencapai kemajuan. Allah mencintai umat-Nya yang mempunyai badan yang sihat dan kuat seperti sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Orang mukmin yang kuat adalah lebih baik dan dicintai Allah dari orang mukmin yang lemah." ( Hadis riwayat Muslim )

Untuk menjamin kesihatan, anak-anak perlu diberi makanan yang baik dan segala penyakit perlu diubati dengan segera. Hanya satu penyakit sahaja dalam dunia ini yang tidak dapat diubati melainkan sakit tua.

Berlimu

Islam memuji orang-orang yang berilmu spertimana firman Allah s.w.t:

Ertinya:
"Nescaya Allah akan meninggikan beberapa darjat orang-orang yang beriman dari antara kamu dan orang-orang yang mempunyai ilmu." (Al-Mujadalah:11)

Islam sememangnya mengajarkan umatnya menuntut ilmu dari masa lahir sehingga saat mati dan menuntut ilmu di mana-mana sahaja. Di dalam Islam orang yang berilmu ialah manusia yang terpuji di sisi Allah dan martabatnya akan diangkat setinggi-tingginya. Ada hadis yang menggalakkan umat manusia supaya menuntut ilmu walaupun sampai ke negeri China.

Ulama-ulama Islam telah membahagikan kandungan hukum-hukum al-Quran kepada 3 hukum, iaitu:

  • Hukum Akidah
  • Hukum Syariah
  • Hukum Akhlak
Dalam aspek ini manusia mempunyai 6 tugas, iaitu:

  1. Mengimaninya
  2. Mempelajarinya
  3. Mengamalkannya
  4. Menyiarkannya
  5. Mempertahankannya
  6. Memelihara kehormatannya
Memang jelas islam menghendaki anak-anak kita dididik dengan ilmu umum dan ilmu agama. Dengan erti kata istilah Islam ilmu Sunnatullah dan ilmu Sinullah.

Bercita-cita tinggi

Orang-orang yang beriman haruslah menjadi orang-orang yang bercita-cita tinggi. Ketinggian, kebaikan, kemuliaan dan kekuasaan sesuatu bangsa hanya boleh dicapai dengan ilmu. Islam juga memerintahkan umatnya supaya mencari kejayaan setelah selesai mengerjakan solat sepertimana firman Allah s.w.t

Ertinya:
"Maka apabila sudah selesai solat hendaklah kamu bertaburan di bumi dan carilah kurnia Allah."(Al-Jumaah:10)

Tetapi semua kerja ini hendaklah dilakukan dengan halal. Terdapat juga hadis yang mengatakan agar bekerja kuat seolah-olah kita akan hidup selama-lamanya. Pendek kata, cita-cita seorang anak-anak Muslim perlu diasuh seperti berikut iaitu mempunyai ilmu yang banyak, mempunyai kekayaan yang melimpah, kekuasaan yang tertinggi, akhlak yang mulia, badan yang kuat dan sihat serta mencapai hidup yang bahagia zahir dan batin di dunia dan akhirat.

Berakhlak Mulia

Islam mengajarkan akhlak yang baik dan mulia yang harus dimiliki dan diamalkan seperti dikatakan oleh para ulama Islam iaitu jujur. sabar, syukur, rajin, tawakal, ingatkan mati, merendahkan diri kepada allah s.w.t dan berbuat baik sesama manusia dan lain-lain.

Di samping itu Islam juga melarang umatnya melakukan perkara dan perbuatan yang buruk seperti khianat, iri hati, sombong dan bongkak, takbur, mengumpat dan sebagainya.

Taat kepada perintah Allah s.w.t

Pendek kata Islam mahukan manusia mentaati aturan Allah s.w.t dan Rasulnya di dalam segala aspek kehidupan spertimana firman Allah s.w.t:

Ertinya"
"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan kepada Rasul-Nya."
(An-Anfal:20)

Sunday, October 4, 2009

HUDUD DAN HUKUMNYA..

Allah Ta'ala berfirman maksudnya:
"Dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh ) kamu menghukum dengan adil." (Surah an-Nisa':58)

Sesungguhnya yang dimaksudkan dengan "menjalankan hukum di antara manusia" pada ayat tersebut di atas adalah dalam perkara hudud dan hukum-hukumnya (huquq), kedua-duanya dibahagikan menjadi dua. Bahagian pertama adalah hudud dan hukum-hukumnya yang tidak diperuntukkan bagi golongan tertentu namun manfaatnya dirasakan oleh seluruh umat Islam atau sebahagian daripada mereka. Semua umat Islam memerlukannya. Bahagian ini disebut hudud Allah dan hukum-hukumNya, seperti hukuman ke atas penyamun, perompak, pelaku zina dan sebagainya. Begitu pula peraturan harta-harta kerajaan, wakaf, wasiat yang bukan untuk orang tertentu.

Perkara-perkara tersebut merupakan masalah paling penting dalam pemerintahan. Untuk itu Ali bin Abi Talib pernah berkata:"Manusia mesti memiliki pemerintahan. Sama Ada baik ataupun buruk." Kemudian beliau ditanya: "Wahai Amirul Mukminin, pemerintahan yang baik telah kami ketahui, apa yang engkau maksud dengan pemerintahan buruk?" Beliau menjawab:"Dengan pemerintahan buruk masih dapat dilaksanakan hudud, mengamankan jalan, memerangi musuh, dan mengagihkan harta rampasan."

Pemerintah perlu mengkaji masalah ini dan melaksanakannya tanpa mesti menunggu dorongan orang lain, juga masalah persaksian di dalamnya mesti dilaksanakan walaupun tidak ada yang menyokong. Meskipun ulama fikah berselisih pendapat dalam melaksanakan hukum potong tangan bagi perompak, apakah perlu kepada wujudnya tuntutan daripada pihak yang dirompak untuk mendapatkan hartanya semula? Dalam mazhab Ahmad bin Hanbal dan lainnya tedapat dua pendapat yang berbeza, namun demikian mereka sepakat bahawa untuk melaksanakan hukum potong tangan tersebut tidak perlu kepada tuntutan pihak yang dirompak. Adapun sesetengah ulama mensyaratkan tuntutan ke atas harta yang dirompak agar terhindar daripada syubhat pada diri pencuri.

Perkara ini mesti dilaksanakan sama ada ke atas kalangan terhormat, golongan rendah, atau orang lemah, dan tidak boleh digugurkan sama ada melalui syafa'at, hadiah atau apapun juga. Syafa'at tidak dibenarkan dalam hal ini. Sesiapa yang membatalkan pelaksanaan hukum hudud padahal ia mampu untuk melaksanakannya, nescaya mendapat laknat daripada Allah s.w.t, Malaikat dan semua manusia. Allah s.w.t tidak akan menerima apa-apa amalan yang dibuatnya, dan ia termasuk golongan yang menjual ayat-ayat Allah s.w.t dengan harga yang murah.

Sekian..

Friday, October 2, 2009

FALSAFAH EKONOMI ISLAM

Islam melihat ekonomi dalam konteks hubungan ajaran agama terhadap kehidupan, manusia dan Allah s.w.t. Empat falsafah ekonomi Islam iaitu tauhid, rububiyyah, khalifah dan tazkiyyah. Tauhid menjadi asas dalam kehidupan Islam dan asas kepada ekonomi Islam. Konsep tauhid meliputi hubungan di antara manusia dengan Allah, dan hubungan di antara manusia dengan manusi. Tauhid mengakui sepenuhnya akan keesaan Allah s.w.t. Dengan erti kata lain, apa jua yang kita lakukan, termasuk segala aktiviti kehidupan dan perekonomian, mesti dilakukan menurut jalan atau cara yang dibenarkan dan diredhai oleh Allah s.w.t. Tauhid mengawal perlakuan manusia dan menjadi petunjuk serta mendorong manusia bertindak di atas sifat manusia sebagai hamba Allah.

Rububuyyah ialah peraturan dan penyusunan oleh Allah s.w.t dari segi kekuasaan mencipta, memberi, menghidupkan, mematikan dan memandu kehidupan. Dalam konteks ekonomi, rububiyyah boleh difahami sebagai peraturan Ilahi dalam segala aktiviti ekonomi, yang seharusnya menyedarkan manusia supaya bersyukur di dalam segala perkara dan menerimanya sebagai ketentuan dari Allah.

Tazkiyyah memberikan penekanan kepada aspek kesucian jiwa dan kemurnian akhlak, sebagaimana yang terdapat dalam konsep berzakat dan amalan bersedekah. Khalifah memperkatakan tentang peranan atau fungsi kewujudan manusia di muka bumi ini, iaitu untuk memakmurkan bumi, dengan menjalankan segala aktiviti kehidupan dalam ruang lingkup pengabdian kepada Allah s.w.t.

Pemurnian dan pembersihan hati nurani manusia membawa pula kepada kelahiran al-falah, ketaqwaan yang menghasilkan kejayaan dalam hidup, sama ada di dunia mahupun di akhirat, yang merupakan matlamat kepada segala kegiatan dalam kehidupan, termasuk kegiatan ekonomi.

Dalam konteks ekonomi Islam, aspek-aspek yang ditekankan ialah kesejahteraan ekonomi bagi individu, masyarakat dan negara, yang menjadi matlamat utama kegiatan ekonomi, diikuti dengan penyediaan keperluan asas yang mencukupi bagi anggota masyarakat, penggunaan sumber secara optimum, tidak membazir, kesaksamaan pengagihan harta dan kekayaan, kebebasan individu, kesamaan hak dan peluang, kerjasama dan keadilan
.

Wednesday, September 30, 2009

KEBERKATAN MELALUI MASKAHWIN...

SALAM LEBARAN buat semua pengunjung blog yang tidak seberapa ini..masih tidak terlambat untuk saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA buat semua sahabat. Lebih seminggu kita telah menyambut hari kemenangan ini namun kemeriahannya masih tetap terasa..masing-masing mengadakan 'bilik tebuka' menyambung kunjung-mengunjung antara sahabat di kolej. Seminggu beraya di kampung mesti banyak perkara indah yang dilalui disamping dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara sanak saudara yang jarang kite temui. Hari raya inilah peluang terbaik untuk kita bermaaf-maafan dan bertanya khabar berita.

Tidak kurang juga yang mengmbil kesempatan mengeratkan lagi hubungan sesama muslim dengan mengadakan majlis walimatul urus dan bertunang di hari yang mulia ini. Tahniah kepada sahabat yang telah mendirikan masjid pada hari raya ini. Semoga mahligai yang dibina sentiasa mendapat keberkatan dari Allah serta kekal hingga akhir hayat. Jika bercerita mengenai perkahwinan, pasti orang akan bertanya tentang maskahwin. Di zaman yang moden ini, lazimnya maskahwin yang diminta oleh seorang wanita adalah tinggi nilainya. Lebih-lebih lagi jika seorang wanita itu me
mpunyai paras rupa yang cantik dan tubuh badan yang menarik. Maskahwin yang mahal bukan penentu untuk mendapat keberkatan dari Allah s.w.t dalam suatu perkawinan.

Suatu perkara y
ang jarang diberi perhatian ialah suatu anjuran syarak mengenai 'mas kahwin yang ringan'. Meletakkan mas kahwin yang mahal adalah suatu sikap yang meragukan, kerana adakah wanita itu memerlukan seorang suami yang kan membimbingnya untuk mencapai tujuan sebenar perkahwinan iaitu untuk mencari keredhaan Allah s.w.t, atau ia semata-mata mementingkan duit ringgit yang banyak melalui perkahwinan, maka elok benar dihindari saja golongan wanita seperti ini.

Tetapi ada orang berkata jika mas kahwin murah akan memudahkan berlaku perceraian, sebab dengan wang yang sedikit sahaja dia boleh mencari isteri yang lain lagi. Ini juga suatu persoalan yang kerap ditimbulkan oleh ramai orang.

Tetapi suatu pertanyaan yang harus dijawab ialah adakah kebanyakan perceraian yang berlaku itu berpunca dari mas kahwin yang murah?

Belum pernah ada satu kajian yang menunjukkan demikian, tetapi faktor-faktor lain banyak yang menjadi punca perceraian. Jika pasangan suami isteri itu memahami tanggungjawab masing-masing dari segi agama dan juga menjaga kepentingan rumahtangga, mengatasi masalah yang timbul dengan bijaksana, mengelakkan dari berlakunya keretakan rumahtangga, maka perceraian pasti tidak ada dalam kamus rumahtangga.

Sebaiknya jika servis atau layanan tidak baik kerana didorong oleh sikap yang tidak wajar seperti menghendaki sesuatu di luar kemampuan, hidup bergaya walaupun terpaksa menanggung hutang, setiap lepas gaji wang berpindah ke kocek para taukeh sehingga untuk mengurus rumahtangga terpaksa berhutang lagi. Jika itu amalan hidup, biar maskahwin mahal sekali pun, maka tidak ada jaminan rumahtangga akan aman dan tidak berlaku perceraian.

Oleh kerana di antara tujuan perkahwinan ialah untuk mendapat zuriat yang baik dan beragama sehingga seseorang itu berpindah ke alam berzakh, maka wanita yang subur dan mampu melahirkan anak amat dititikberatkan.

Selain dari itu keturunan seseorang calon suri rumah juga harus diselidik. Wanita dari keluarga yang kuat berpegang kepada keyakinan agama dan terasuh menurut cara hidup Islam adalah amat mustahak.

Jika seseorang wanita dari keluarga yang tidak terurus dengan sempurna, dikuatiri akan mewarisi cara hidup seperti yang sudah dilalui juga. Keturunan ini dikira penting kerana wanita itu apabila ia menjadi seorang ibu akan mengambil peranan mengasuh anak-anak pula.

Oleh itu, saya memberi peringatan kepada diri saya sendiri serta semua kaum hawa yang lain supaya berpada-padalah ketika menentukan maskahwin nanti. Kepada semua kaum adam pula jangan mengambil kesempatan atas kemurahan maskahwin seseorang wanita. Bersyukurlah..

Sekian, Waallahu a'lam..


Tuesday, September 29, 2009

JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA (Dr Fadilah Kamsah )

Buat Pedoman Bersama

Jika kamu memancing ikan...
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu..
Jangan sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja...
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitu juga..........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang....
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU
hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Jangan sesekali kamu meninggalkannya begitu sahaja....
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu.....

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh.....cukuplah sekadar keperluanmu....
Apabila sekali ia retak....tentu sukar untuk kamu menampalnya semula...
Akhirnya ia dibuang...

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan
lagi...
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,TERIMALAH seadanya...
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu mengganggapnya begitu
istimewa..
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan
mudah bagi kamu untuk menerimanya.....
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga
ke akhirnya...

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi.....
yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain...
Terlalu mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan...
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu,
MENYAYANGIMU.....MENGASIHIMU....
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang Lain
Kamu juga yang akan MENYESAL....

Saturday, September 12, 2009

Tanggungjawab Ibu Bapa Terhadap Anak-Anak

sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Apabila telah meninggal manusia putuslah amalnya, kecuali dari tiga perkara:sedekah jariah (umpamanya membuat masjid) atau ilmu yang memberi manfaat atau anak yang soleh yang mendoakannya."
(Hadis riwayat Muslim)

Sabda Junjungan Nabi Muhammad s.a.w tersebut mencerminkan betapa pentingnya didikan yang wajib ditekan ke atas anak-anak di peringkat bayi sehingga baligh dan seterusnya ke peringkat remaja supaya mereka dapat menjadi anak yang soleh.

Andainya ibu bapa mewujudkan satu suasana yang bercorak kebaratan dalam rumah, iaitu bukan secara Islam maka ini akan membuatkan anak-anaknya berlagak seperti orang-orang Barat. Tidak ada langsung menunjukkan ciri-ciri orang Islam dari segi pertuturan, pemikiran dan tingkah lakunya.

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

"Didiklah anak-anakmu atas tiga perkara:
  1. Mencintai Nabinya
  2. Mencintai ahli rumahnya
  3. membaca al-Quran, kerana si penghafal al-Quran, di dalam naungan Allah pada hari tidak ada naungan kecuali naungan-Nya beserta Nabi-nabinya dan orang-orang suci-Nya."
(Hadis riwayat Dailami)

Hadis ini menegaskan bahawasanya ibu bapa wajib mendidik anaknya supaya pandai membaca dan memahami al-Quran. Sebab kita membaca sesuatu adalah untuk kefahaman. Kita mesti faham apa yang dibacakan, jika tidak sia-sia sahaja dan ini adalah satu kerugian besar bagi diri sendiri.

Dengan erti kata lain ibu bapa Muslim wajib memainkan peranan untuk membesarkan anak-anak mereka agar menjadi insan Islam yang sebenarnya yang mematuhi ajaran al-Quran dan sunnah Nabi-Nya.

Anak-anak perempuan mesti dididik untuk mencerminkan Islam lebih-lebih lagi dalam hal pakaian, supaya menutup aurat agar apabila besar nanti tidak akan memakai pakaian yang bertentangan dengan kehendak Islam.

Anak-anak lelaki perlu dikawal supaya apabila besar nanti mereka tidak berpakaian tidak sempurna serta terlibat dengan najis dadah. Ibu bapa perlu menekankan kepada disiplin dan menggunakan psikologi yang bijak.

Yang penting dalam pendidikan anak-anak ialah untuk menanamkan keperibadian Islam yang murni dalam jiwa mereka. Kita berharap dengan benteng ini, apabila mereka besar kelak dapat menolak gejala-gejala yang bercanggah dengan agama Islam.

Dari sudut Islam penekanan amat penting diberikan kepada:
  • Ilmu-ilmu yang diberikan
  • Asas pelajaran yang diberikan
  • Pendidikan jasmani yang diberikan
  • memberi makanan dan minuman yang halal
  • Mencari jodoh untuk anak-anak apabila tiba waktunya
Diharap dengan terbinanya institusi keluarga Islam, ianya dapat memberikan sumber kekuatan untuk memantapkan satu masyarakat Islam yang berlandaskan al-Quran dan sunnah. Ini dikira dapat menyumbangkan satu kekuatan ke arah pembangunan negara Islam serta mendapat penghormatan daripada bangsa dan negara lain. Lebih-lebih lagi masyarakat kita terdiri dari pelbagai bangsa dan agama.

Ibu bapa juga perlu mendidik anak-anak secara positif, khususnya dalam pembentukan peribadi dengan sifat-sifat berikut:
  • Keyakinan penuh pada diri sendiri
  • Memuliakan diri sendiri sebagai hamba Allah
  • Menjaga nilai harga diri
  • Bersifat benar dalam segala hal
  • Berani menghadapi dugaan dan cabaran
  • Selalu bersifat tenang
Jangan sekali-kali ibu bapa memperkecilkan kecepatan kedewasaan anak-anak. Masa dan peluang perlu diberikan kepada anak-anak untuk maju. Mereka amat memerlukan bimbingan yang positif dan didikan yang sempurna dari ibu bapa.

Thursday, September 3, 2009

Rasia Tarian "Poco-Poco" Terbongkar

Di syarikat tempat saya bekerja sekarang, pada setiap hari Selasa dan Jumaat selepas waktu kerja, mereka akan adakan latihan senaman. Senaman itu sebanarnya bukanlah senaman biasa, tetapi lebih kepada tarian poco-poco.

Saya secara peribadinya tidak menentang aktiviti ’senaman’ ini. Lebih-lebih lagi ianya dilakukan untuk tujuan kesihatan. Tetapi apabila senaman ini tampaknya sudah tidak jadi senaman, sebaliknya hanyalah tarian yang dilakukan untuk berseronok-seronok, maka saya memang tidak setuju
.

Tambahan pula, baru-baru ini, saya ada terbaca mengenai satu artikel yang menerangkan tentang rahsia atau asal usul tarian poco-poco yang sangat popular sekarang.

Secara jujurnya, sebelum ini, saya sebenarnya tidak pernah ambil peduli dan tak ambil tahu pun tentang latar belakang, asal-usul dan motif tarian poco-poco ini. Namun selepas membaca 1 artikel ini, membuatkan saya tersentak dan terkejut dengan apa yang diterangkannya.

Saya tidak pasti, apakah info atau maklumat mengenai rahsia tarian poco-poco ini adalah fakta sebenar atau tidak. Tetapi kita sebagai orang Islam sewajarnyalah mengambil berat tentang dakwaan ini. Kerana kita bimbang, dek kerana kita suka dan ikut sangat tarian ini, kita nanti akan termasuk dalam golongan mereka itu.

Bukankah Nabi SAW dah pesan melalui sabdaan nya ;

“Man tasyabbaha bi qaumin fahua minhum”.

Bermaksud : Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka) (iaitu kaum berkenaan).

Hadis ini juga secara tidak langsung menggambarkan kepada kita bahawa umat Islam perlu kekal dengan identiti dan jatidiri mereka sebagai muslim. Mereka dilarang dari menyerupai golongan musyrikin disebabkan akidah seseorang muslim itu terangkum tiga dimensi iaitu perkataan, perbuatan dan pegangan.

Jadi, saya berpandangan, jika benar info atau fakta mengenai tarian poco-poco ini, maka kita sebagai orang Islam mestilah meninggalkannya. Tidak usahlah menari poco-poco lagi. Kalau minat dan nak sangat menari, carilah tarian lain.

Rahsia Asal Usul Tarian Poco-poco.

Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan-rakan semua tantang tarian poco-poco yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat, umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri-suri rumah dan badan-badan kerajaan ketika manghadiri kursus.

Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk salib.

Mungkin kita tak perasan kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh-musuh islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu. cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan.

Saya dulu pernah terfikir, kenapa tarian itu dimulakan dari kiri? Dan apa jenis senaman ini? Relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak siuman?

Saya menyeru kepada diri anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi ‘menarikan’ lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.

Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan ‘keasyikkan’ menarikan tarian ini.







Monday, August 31, 2009

Tanda-Tanda Kematian Orang Islam

( Kursus penyelenggaraan jenazah oleh Ustaz Abdullah Mahmud-Kor Agama Tentera Darat di Surau Ansar, Lorong Kiri 5, Jalan Datuk Keramat, Kuala Lumpur )

Adapun tanda-tanda kematian mengkut ulamak adalah benar dan wujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulullah S.A.W diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara langsung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggalah beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut sacara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mangkafankan bahagian mukanya.

Adapun riwayat-riwayat ini memperlihatkan kepada kita bahawa Allah S.W.T tidak pernah berlaku zalim terhadap hambanya. Tanda-tanda yang diberikan untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah S.W.T. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada umat islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka akan terus direntap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah S.W.T.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan:

Tanda 100 hari sebelum hari mati

mereka-mereka yang dikehendakinya.Ini adalah tanda pertama daripada Allah S.W.T kepada hambanya dan hanya disedari oleh Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh dari hujung rambut hingga hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan terdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita kan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah S.W.T. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikatmaut ini memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan dahi kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan disebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir

Akan berlaku keadaan dimana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah S.W.T yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Penutup

Sesunggunhnya marilah kita bertakwa dan berdoa kepada Allah S.W.T semoga kita adalah di antara orang-orang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah S.W.T mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah S.W.T yang maha berkuasa lagi maha pemurah lagi maha mengasihani maka diriwayatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari diri sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah S.W.T semata-mata. Oleh itu marilah bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah S.W.T serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita mencari keredhaan Allah S.W.T samada di dunia mahupun di akhirat.

Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah S.W.T dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

WALLAHUA'LAM..

Friday, August 28, 2009

Solat Tiang Agama

Berkata Rasulullah S.A.W: Barangsiapa memudah-mudahkan akan solatnya dan menghina-hina akan dia nescaya diseksa akan dia oleh Allah S.W.T dengan 15 seksa, 6 di dalam dunia, 3 ketika matinya dan 3 di dalam kuburnya dan 3 ketika bertemu dengan Tuhannya, maka berkata sahabat: " Hai Rasulullah, maka apa seksa yang mengenai akan dia di dalam dunia maka sabdanya:
  1. Diangkat oleh Allah S.W.T daripada umurnya
  2. Diangkat oleh Allah S.W.T akan berkat daripada rezekinya
  3. Diangkat oleh Allah S.W.T daripadanya akan tanda segala orang yang soleh
  4. Tiada bahagian baginya daripada Islam
  5. Daripada tiap-tiap amal kebajikan yang dibuat tiada diberi pahala atasnya
  6. Tiada diangkat baginya doanya kepada langit, maka berkata sahabat Nabi: "Hai Rasulullah, maka apa seksa yang mengenai akan dia pada ketika matinya?" Maka sabdanya:"Mati ia padahal hina, dan mati is padahal lapar, dan mati ia padahal dahaga. Dan jikalau dijiruskan akan dia dengan air sungai yang di dalam dunia nescaya tiada hilang akan dahaganya.
Berkata sahabat:"Hai Rasulullah, maka apa seksa yang mengenai akan dia di dalam kuburnya?" Maka sabdanya:
  1. Disempitkan oleh Allah S.W.T akan liang lahadnya
  2. Dihimpit di dalam kuburnya
  3. Menghantar oleh Allah S.W.T akan seorang malaikat yang mengazab hingga hari kiamat dan disiksa oleh Allah di dalam kuburnya dengan ular yang besar. Bermula namanya Syuja' Al-'Aqra', dua matanya daripada api dan dua kukunya daripada besi.
Seksa yang akan dihadapi ketika bertemu Allah S.W.T apabila belahnya langit nescaya datang akan seorang malaikat Al-'Azab dan pada tangannya itu rantai dan panjangnya itu 70 hasta, maka menjadikan ia akan dia pada lehernya. Kemudia dimasukkan ke dalam mulutnya dan dikeluarkan ia daripada duburnya, kemudia menghela ia ke atas mukanya dan belakangnya lantas menyeru kepadanya dengan berkata: "Inilah balasan orang yang mensia-siakan solat fardhu yang diperintahkan oleh Allah S.W.T, kemudian dibawa akan ia ke neraka.

(solat olehmu,hai anak adam), jangan engkau mudahkan akan solat kerana solat itu tiang agama.
Muka orang yang meninggalkan solat akan menjadi hitam pad hari kiamat.

Sekian Waallahua'alam



Saturday, August 22, 2009

Ramadhan Al-Mubarak

Allah Azza Wa Jalla Berfirman maksudnya:

"Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan atas kamu puasa ( Ramadhan ) sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu." (Al-Baqarah:183)

Dari Sa'id bin Jubair, "Puasa orang sebelum kita dalah dari waktu Isyak sampai menjelang malam berikut sebagaimana dalam permulaan Islam."

Al-Bughawi menyatakan, "Yang benar adalah bahawa Ramadhan itu adalah nama sebuah batu yang dipanaskan. Kerana mereka berpuasa di waktu yang amat panas." Dan dikatakan juga, " Kerana Ramadhan itu dapat membakar dosa."

Puasa Ramadhan itu diwajibkan pada tahun kedua setelah hijrah dan kafirlah orang yang menentang akan kewajipannya. Dalam soal ini banyak disebut dalam Hadis Nabi s.a.w. Antara lain, sabda baginda:
"Ketika malam pertama bulan Ramadhan, semua pintu yang ditutup. Dan Allah memerintahkan jurupanggil yang memanggil, "Wahai pencari kebaikan, menghadaplah! Wahai pelaku kejahatan, hentikanlah!" Kemudian dia berkata, "Setiap yang mohon ampun akan diampuni, setiap yang meminta akan dipenuhi permintaannya dan setiap yang bertaubat akan diterima taubatnya." Tak hentinya dia selalu menyatakan demikian sampai datang subuh dan setiap malam 'Idul Fitri, Allah membebaskan satu juga Orang dari Neraka yang semestinya mendapat seksa."

Dalam Hadis yang lain Nabi s.a.w bersabda:
"Siapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan redha Allah, akan diampuni dosanya yang terdahulu dan kemudian."

Sabda baginda lagi:
"Setiap amal manusia itu untuknya kecuali puasa ia adalah untuk-Ku dan Aku sendiri membalasnya."

Sabdanya lagi:
"Di bulan Ramadhan, umatku telah diberi lima hal yang tidak diberikan kepada umat sebelumnya. bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi di sisi Allah daripada keharuman misik, para malaikat memohon ampun untuk mereka sampai mereka berbuka, juga pada bulan itu syaitan diikat dan setiap hari Allah menghiasi Syurga dan berkata, "Hamba-hambaku yang soleh dihindarkan dari keburukan dan penyakit." Serta Allah mengampuni mereka pada akhir malam dari bualan Ramadhan."

Dikatakan, "Wahai Rasulullah, apakah itu malam Lailatul Qadar?"
Rasulullah s.a.w menjawab:
"Tidak, akan tetapi orang yang beramal akan diberikan upahnya setelah selesai dia bekerja."

Sunday, August 9, 2009

FAMILY DAY JAKMA 09


salam ukhwah..sedikit coretan.
Baru balik dari BLUE LAGOON Port Dickson tetiba terasa hendak mencoretkan sesuatu untuk pengunjung blog ini..walaupun letih tidak hilang lagi tapi keseronokan dan kepuasan tetap dapat dirasa..alhamdulillah, program hari ini berjalan dengan lancar walaupun terdapat sedikit masalah tapi biasala tu, kita hanya merancang tapi tetap ALLAH S.W.T yang menentukan..kami bertolak dari UKM pada pukul 9.10 pagi, agak lewat disebabkan menunggu sebahagian sahabat yang masih belum sampai. Program kali ni disertai pelajar tahun 2 dan 3 Jabatan Dakwah dan Kepimpinan.

Kami tiba di Blue Lagoon pada pukul 10.30 pagi. Indahnya melihat alam ciptaan Allah. Setelah semua peserta berkumpul, kami menjamu sarapan terlebih dahulu maklumla masing-masing belum mengisi perut sebelum bergerak tadi. Ketua urusetia memberi sedikit taklimat tentang perjalanan program. Semua peserta dibahagikan kepada 8 kumpulan dan pada pukul 11 pagi aktiviti check point dijalankan.

Berada di dalam kumpulan 3 yang di anggotai oleh saya sendiri, Erin, kak Eja, Ustaz Akil, Ustaz shimi dan Zahrul. 8 rintangan yang perlu kami tempuhi untuk menamatkan check point tersebut. Dalam banyak-banyk check point, minum air yang pelbagai rasa merupakan check point yang paling mencabar. Tidak tertahan tekak untuk menelan air yang terdiri dari air garam, gula, kopi, limau dan air masak tapi kami terpaksa habis kan umtuk mendapatkan check poin seterusnya. Alhamdulillah, kami berjaya menghabiskan semua check point tersebut dan mendapat tempat ke-2.

Selesai aktiviti yang pertama, kami semua makan tengahari dengan menu yang agak menarik. nasi ayam yang dibakar ayamnya. Aktiviti seterusnya ialah sukaneka yang akan dimulakan selepas selesai solat zuhor. Lebih kurang pukul 2 lebih semua peserta berkumpul semula untuk memulakan sukaneka. sukaneka yang dijalan kan antaranya ialah, boling pasir, makan tomato, isi air dalam botol, istana pasir dan sukaneka yang digemari ramai iaitu belon air.

Masing-masing menunjukkan kesungguhan dan kerjasama tapi apa yang lebih penting dapat mengeratkan ukhwah dan genbira, kalah atau menang bukan persoalannya. Kami membina istana pasir berbentuk kereta yang cantik dan comel tapi pemenangnya kumpulan yang membina basikal. basikal yang dibina besar dan sangat kretif jadi memang patutlah kalau mereka menang. Tahniah2.

Sukaneka tamat lebih kurang jam 4 lebih, selepas ini aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh semua peserta iaitu aktiviti bebas. Kami bebas melakukan apa-apa sahaja seperti jalan-jalan keliling pantai atau mandi laut. Pilihan kami sudah semestinya mandi laut, peluang bergembira sebegini bukan datang selalu. Kami pelajar muslimat berasa kagum melihat sekumpulan pelajar muslimin yang menunaikan solat Asar di tengah-tengah laut yang surut. Islam itu indah dan mudah bukan?tiada alasan untuk kita meninggalkan kewajiban kepada ALLAH S.W.T walau dalam keadaan apa sekalipun kerana bumi Allah ini luas.

Selesai solat baru mereka bermandi manda kami pula memilih untuk mencuba palampung pensil. Setelah berbincang dengan orang yang menguruskan palampung itu, kami naik ke atas pelampung tersebut dan dibawa mengelilingi laut dengan bot. Agak gelisah ketika bot bergerak tapi lama kelamaan keseronokan mula terasa dan sebelum penjelajahan kami berakhir, pelampung kami telah diterbalikkan dan mase tu ALLAH S.W.T je yang tahu perasaan kami bagaimana tapi alhamdulillah, semua selamat dan kami berasa puas hati.

Selepas itu kami naik ke darat dan bersiap-siap untuk majlis penutup. majlis tidak dihadiri oleh ketua jabatan iaitu DR FARIZA seperti yang dirancang kerana ada perkara yang tidak dapat dielakkan. Sedikit ucapan dari Pengarah program, wakil mantan JAKMA 08/09,YDP dan NYDP JAKMA. apa yang menarik program kali ini disertai oleh mantan-mantan JAKMA 08/09. Ribuan terima kasih kepada beberapa mantan JAKMA kerana sudi hadir untuk sama-sama memeriahkan lagi program.

Selepas itu majlis penyampaian hadiah kepada semua kumpulan serta sesi bergambar sebagai kenangan. Kami bertolak pulang pada pukul 7 malam. Terima kasih kepada semua yang terlibat dan bertungkus lumus menjayakan program kali ini antaranya urusetia-urusetia yang begitu memberi kometment dan syabas dan tahniah kepada Ketua Pengarah program sendiri iaitu kak Marsita. kerana berjaya melaksanakan program kali ini. Semoga program ini dapat merapatkan lagi ukhawah antara pelajar Jabatan Dakwah dan Kepimpinan serta dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.

Sekian, waallahuaalam.

Wednesday, August 5, 2009

Keutamaan Bulan SYAABAN

Dirawikan dari Umamah al-Bahili r.a. dia berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda:
"Manakala masuk bulan Syaaban, sucikan dirimu dan perbaiki niatmu."

Dari Aisyah r.a. dia berkata, "Rasulullah S.A.W berpuasa sehingga kami mengatakan, "Tidak berbuka dan berbuka sehingga kami katakan tidak puasa dan kebanyakan puasanya adalah di bulan Syaaban."

Dalam kitab An-Nasai dari Hadis Usamah r.a. "Aku berkata, " Wahai Rasulullah, aku tidak melihat eangkau berpuasa pada bulan-bulan lain sebagaimana eangkau berpuasa di bulan Syaaban." Baginda bersabda:
"Kerana itu bulan di mana manusia lupa darinya antara Rejab dan Ramadhan. Itulah bulan di mana amal dinaikkan kepada Tuhan Rabbul'Alamin. Maka aku suka amalku dinaikkan dalam keadaan aku berpuasa,"

Dalam Hadis Bukhari Muslim, dari Aisyah r.a, dia berkata."aku tidak melihat sama sekali Rasulullah S.A.W menyempurnakan puasanya sebulan kecuali bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda lebih banyak puasanya daripada bulan Syaaban.

Dikatakan, untuk Malaikat di langit ada dua malam raya dan untuk kaum muslimin di bumi ada dua hari raya. Malan Malaikat itu adalah malam Nisfu Syaaban dan malam Lailatul Qadar. Sedangkan hari raya kaum muslimin adalah Aidil Fitri dan Aidil Adha.

Malam Nisfu Syaaban, kadang-kadang disebut malam Bara'ah kerana malam itu dapat menghapuskan dosa setahun. Sedangkan malam Jumaat boleh menghapuskan dosa seminggu dan malam Al-Qadar, dapat menghapuskan dosa seumur hidup. Ertinya bahawa menyambut malam-malam itu dengan beribadah, merupakan sebab penghapusan dosa.

Monday, August 3, 2009

Ciri-ciri Perbezaan Darjat Kaum WANITA dan Lelaki

  1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yan lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda,"Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang penyayang tidak akan sia-sia.
  2. Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.
  3. Apabila perampuan mula sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
  4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya yang melahirkannya
  5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan
  6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberikannya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
  7. Barangsiapa yang menggembirakan akan perempuannya, darjatnya seumpama orang yang menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.
  8. Barangsiapa yang membawa hadiah (barang makan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah dahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
  9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (10,000 tahun)
  10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendakinya.
  11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh
  12. Aisyah berkata, "aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "suaminya" "siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "ibunya".
  13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
  14. Wanita yang taat akan suaminya, ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suminya serta menjaga sembahyangnya dan puasanya.
  15. Syurga itu di bawah tapak kaki Ibu.
  16. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku ( Nabi s.a.w) di dalam syurga.
  17. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
  18. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

*Jadi, janganlah sesekali kita menjadi lemah. Wanita sebenarnya yang membuat lelaki itu kuat. itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.

Saturday, August 1, 2009

pertama kalinya...1st in my life..

Assalamualaikum...susah gak blog ni kn???
ish3..penuh dengan cabaran..akhiryer tah pape nama blog ni..
sory yerr klau agak plik..hehehe..tp ttp ade makne yer..