Friday, October 2, 2009

FALSAFAH EKONOMI ISLAM

Islam melihat ekonomi dalam konteks hubungan ajaran agama terhadap kehidupan, manusia dan Allah s.w.t. Empat falsafah ekonomi Islam iaitu tauhid, rububiyyah, khalifah dan tazkiyyah. Tauhid menjadi asas dalam kehidupan Islam dan asas kepada ekonomi Islam. Konsep tauhid meliputi hubungan di antara manusia dengan Allah, dan hubungan di antara manusia dengan manusi. Tauhid mengakui sepenuhnya akan keesaan Allah s.w.t. Dengan erti kata lain, apa jua yang kita lakukan, termasuk segala aktiviti kehidupan dan perekonomian, mesti dilakukan menurut jalan atau cara yang dibenarkan dan diredhai oleh Allah s.w.t. Tauhid mengawal perlakuan manusia dan menjadi petunjuk serta mendorong manusia bertindak di atas sifat manusia sebagai hamba Allah.

Rububuyyah ialah peraturan dan penyusunan oleh Allah s.w.t dari segi kekuasaan mencipta, memberi, menghidupkan, mematikan dan memandu kehidupan. Dalam konteks ekonomi, rububiyyah boleh difahami sebagai peraturan Ilahi dalam segala aktiviti ekonomi, yang seharusnya menyedarkan manusia supaya bersyukur di dalam segala perkara dan menerimanya sebagai ketentuan dari Allah.

Tazkiyyah memberikan penekanan kepada aspek kesucian jiwa dan kemurnian akhlak, sebagaimana yang terdapat dalam konsep berzakat dan amalan bersedekah. Khalifah memperkatakan tentang peranan atau fungsi kewujudan manusia di muka bumi ini, iaitu untuk memakmurkan bumi, dengan menjalankan segala aktiviti kehidupan dalam ruang lingkup pengabdian kepada Allah s.w.t.

Pemurnian dan pembersihan hati nurani manusia membawa pula kepada kelahiran al-falah, ketaqwaan yang menghasilkan kejayaan dalam hidup, sama ada di dunia mahupun di akhirat, yang merupakan matlamat kepada segala kegiatan dalam kehidupan, termasuk kegiatan ekonomi.

Dalam konteks ekonomi Islam, aspek-aspek yang ditekankan ialah kesejahteraan ekonomi bagi individu, masyarakat dan negara, yang menjadi matlamat utama kegiatan ekonomi, diikuti dengan penyediaan keperluan asas yang mencukupi bagi anggota masyarakat, penggunaan sumber secara optimum, tidak membazir, kesaksamaan pengagihan harta dan kekayaan, kebebasan individu, kesamaan hak dan peluang, kerjasama dan keadilan
.

4 comments:

  1. falsafah ekonomi ini seharusnya tertanam dalam diri setiap umat islam dalam berurusan dalm bidang perniagaan kerana ini penting bagi pendapat keredhaan Allah..

    ReplyDelete
  2. Islam merupakan agama yang menyeluruh dan meliputi semua aspek hidup..jika semua umat islam memetuhi semua perintah yang telah ditetepkan dalam islam maka semua hak indivudu akan terjamin terutamanya dlam bidang ekonomi..

    ReplyDelete
  3. salam...thanks a lot tomorrow i have exam...this really helpful for my ctu241 uitm paper..tQ

    ReplyDelete
  4. syukran..
    nota lengkap, tp mne istikhlaf ngn ukhwah.?
    ape pon, syukran marrotan ukhro..

    ReplyDelete