Saturday, September 12, 2009

Tanggungjawab Ibu Bapa Terhadap Anak-Anak

sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Apabila telah meninggal manusia putuslah amalnya, kecuali dari tiga perkara:sedekah jariah (umpamanya membuat masjid) atau ilmu yang memberi manfaat atau anak yang soleh yang mendoakannya."
(Hadis riwayat Muslim)

Sabda Junjungan Nabi Muhammad s.a.w tersebut mencerminkan betapa pentingnya didikan yang wajib ditekan ke atas anak-anak di peringkat bayi sehingga baligh dan seterusnya ke peringkat remaja supaya mereka dapat menjadi anak yang soleh.

Andainya ibu bapa mewujudkan satu suasana yang bercorak kebaratan dalam rumah, iaitu bukan secara Islam maka ini akan membuatkan anak-anaknya berlagak seperti orang-orang Barat. Tidak ada langsung menunjukkan ciri-ciri orang Islam dari segi pertuturan, pemikiran dan tingkah lakunya.

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

"Didiklah anak-anakmu atas tiga perkara:
  1. Mencintai Nabinya
  2. Mencintai ahli rumahnya
  3. membaca al-Quran, kerana si penghafal al-Quran, di dalam naungan Allah pada hari tidak ada naungan kecuali naungan-Nya beserta Nabi-nabinya dan orang-orang suci-Nya."
(Hadis riwayat Dailami)

Hadis ini menegaskan bahawasanya ibu bapa wajib mendidik anaknya supaya pandai membaca dan memahami al-Quran. Sebab kita membaca sesuatu adalah untuk kefahaman. Kita mesti faham apa yang dibacakan, jika tidak sia-sia sahaja dan ini adalah satu kerugian besar bagi diri sendiri.

Dengan erti kata lain ibu bapa Muslim wajib memainkan peranan untuk membesarkan anak-anak mereka agar menjadi insan Islam yang sebenarnya yang mematuhi ajaran al-Quran dan sunnah Nabi-Nya.

Anak-anak perempuan mesti dididik untuk mencerminkan Islam lebih-lebih lagi dalam hal pakaian, supaya menutup aurat agar apabila besar nanti tidak akan memakai pakaian yang bertentangan dengan kehendak Islam.

Anak-anak lelaki perlu dikawal supaya apabila besar nanti mereka tidak berpakaian tidak sempurna serta terlibat dengan najis dadah. Ibu bapa perlu menekankan kepada disiplin dan menggunakan psikologi yang bijak.

Yang penting dalam pendidikan anak-anak ialah untuk menanamkan keperibadian Islam yang murni dalam jiwa mereka. Kita berharap dengan benteng ini, apabila mereka besar kelak dapat menolak gejala-gejala yang bercanggah dengan agama Islam.

Dari sudut Islam penekanan amat penting diberikan kepada:
  • Ilmu-ilmu yang diberikan
  • Asas pelajaran yang diberikan
  • Pendidikan jasmani yang diberikan
  • memberi makanan dan minuman yang halal
  • Mencari jodoh untuk anak-anak apabila tiba waktunya
Diharap dengan terbinanya institusi keluarga Islam, ianya dapat memberikan sumber kekuatan untuk memantapkan satu masyarakat Islam yang berlandaskan al-Quran dan sunnah. Ini dikira dapat menyumbangkan satu kekuatan ke arah pembangunan negara Islam serta mendapat penghormatan daripada bangsa dan negara lain. Lebih-lebih lagi masyarakat kita terdiri dari pelbagai bangsa dan agama.

Ibu bapa juga perlu mendidik anak-anak secara positif, khususnya dalam pembentukan peribadi dengan sifat-sifat berikut:
  • Keyakinan penuh pada diri sendiri
  • Memuliakan diri sendiri sebagai hamba Allah
  • Menjaga nilai harga diri
  • Bersifat benar dalam segala hal
  • Berani menghadapi dugaan dan cabaran
  • Selalu bersifat tenang
Jangan sekali-kali ibu bapa memperkecilkan kecepatan kedewasaan anak-anak. Masa dan peluang perlu diberikan kepada anak-anak untuk maju. Mereka amat memerlukan bimbingan yang positif dan didikan yang sempurna dari ibu bapa.

7 comments:

  1. kadang- kadang ibu bapa skrg lbh pentingkan kerjaya dr pndidkan ank-anak...dorg juz nk cr duit je...boleh ulas isu ini????

    ReplyDelete
  2. btol ckp nisaa..zaman yg serba mengejar kebendaan dan moden meyebabkan rmai ibubapa lupe dan alpa terhadap pendidikan anak-anak terutamanya dari segi ilmu agama..ilmu agama penting bagi memastikan akidah anak-anak menjadi kuat bagi membina generasi rabbani pada mase akan datang..

    ReplyDelete
  3. cantik lah nurkhairunnisaa

    ReplyDelete
  4. assalammualaikum
    alhamdulillah
    saya sokong isu yang dikatakan oleh khairunisa
    era globalisasi ini
    ibu bapa lebih mengutamakan kerjaya daripada anak anak
    isteri adalah anugerah
    anak anak adalah tanggungjawab
    ibu bapa harus mendidik dgn baik
    khairunnisa adalah contoh isteri yang solehah
    kerana mengambil berat isu isu sebegini
    sekarang ni ramai wanita yang lupe lalai leka dgn permainan dunia semata mata
    dunia ini bakal berakhir kelak
    kita sesama manusia harus saling ingat mengingati antara satu sama lain insyallah
    saya single

    ReplyDelete
  5. sy nak bg pendapat cikit.. ibu bapa yang alapa terhadap pendidikan anak2 coz ibu bapa itu kurangnya didikan agama. sebagai contoh, ibu bapa tidak tahu secara terperinci tanggungjawab mereka terhadap anak2 mereka. sekian...juz pendapat jer...jgn marh....mintak maap...

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum, saya menyokong pendapat nisaa, ramai ibu bapa yang menyerahkan perkara mendidik anak-anak kepada pengasuh dan guru2 di sekolah semata2, sebab itu jika berlaku isu kebejatan sosial masa kini para ibu bapa lebih menyalahkan pihak sekolah, sedangkan mereka kurang memberi tumpuan kepada anak2 mereka, kurang mendidik dan mengajar anak2 atas alasan sibuk berkerja,nilai2 kerohanian semakin dilupakan

    ReplyDelete
  7. Salam kepada semua..
    memang benar apa yg diutarakan oleh beberapa sahabat di sini bahawa ibu bapa kini lebih mengutamakan kerjaya dari pendidikan anak2. Justeru pendidikan anak2 terabai. Ibu bapa gagal dijadikan role model oleh anak2. lantas anak2 mencari orang lain sebagai role model mereka. akhirnya anak2 hilang hilang arah dan tujuan hidup. anak2 adalah aset penting bagi ibu bapa yg memahami. aset dunia...aset akhirat...

    ReplyDelete