Wednesday, October 7, 2009

Takrif Ekonomi Islam

Ekonomi Islam ditakrifkan sebagai kajian al-falah manusia menerusi pengurusan sumber bumi yang berasaskan kerjasama dan penyertaan, Sementara pengakaji juga melihat ekonomi Islam sebagai sains sosial yang mengakaji masalah ekonomi yang berpegang kepada nilai-nilai Islam. Dengan kata lain, ekonomi Islam merupakan ilmu yang mengakaji kegiatan manusia yang selaras dengan kehendak syariat, dari segi memperolehi, mengguna atau mengurus sumber asli bagi kebaikan diri dan kebaikan bersama secara rohani dan jasmani bagi mendapat keredaan Allah s.w.t.

Sekiranya di dalan teori ekonomi konvensional ekonomi ditakrifkan sebagai suatu sains sosial mengenai masalah penggunaan atau mentadbir sumber-sumber yang terhad bagi memenuhi keperluan masyarakat yang tidak terhad, maka ekonomi Islam merupakan sains sosial yang mengkaji masalah ekonomi satu golongan masyarakat yang berpegang teguh kepada nilai-nilai Islam.

Di dalam ekonomi moden, keseluruhan aktiviti berkisar tentang manusia dan sosial, di dalam keadaan kehendak manusia yang tidak terbatas, sumber-sumber yang terhad, menghadapi kepelbagaian persoalan ekonomi, dan membuat pilihan dengan dipandu oleh kepentingan individu dan pertukaran yang dipandu oleh kuasa-kuasa pasaran; sementara di dalam ekonomi Islam, kesemua aktiviti-aktiviti ekonomi ini bergerak dengan dipandu oleh nilai-nilai Islam, kuasa-kuasa pasaran dan bukan pasaran.

Ekonomi Islam bersifat komprehensif kerana ia tidak mengabaikan faktor-faktor bukan ekonomi seperti politik, sosial, etika dan moral. Umpamanya pandangan Ibn Taimiya mengenai harga yang setara ( price of the equivalet ), mengenai ketidaksempurnaan pasaran dan kawalan harga, penekanannya terhadap tugas negara bagi menjamin supaya keperluan-keperluan asa orang ramai dipenuhi dan sebagainya lagi.

1 comment:

  1. Salam. Blog yang amat memberi manfaat kepada orang lain. Sangat bagus. Semoga lebih ramai lagi yang menjadi sepertimu walaupun saya juga jarang tulis blog. InsyaAllah, saya juga akan berjinak-jinak untuk menyebarkan dakwah antaranya melalui penggunaan sistem blog. :-)

    ReplyDelete