Sunday, October 4, 2009

HUDUD DAN HUKUMNYA..

Allah Ta'ala berfirman maksudnya:
"Dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh ) kamu menghukum dengan adil." (Surah an-Nisa':58)

Sesungguhnya yang dimaksudkan dengan "menjalankan hukum di antara manusia" pada ayat tersebut di atas adalah dalam perkara hudud dan hukum-hukumnya (huquq), kedua-duanya dibahagikan menjadi dua. Bahagian pertama adalah hudud dan hukum-hukumnya yang tidak diperuntukkan bagi golongan tertentu namun manfaatnya dirasakan oleh seluruh umat Islam atau sebahagian daripada mereka. Semua umat Islam memerlukannya. Bahagian ini disebut hudud Allah dan hukum-hukumNya, seperti hukuman ke atas penyamun, perompak, pelaku zina dan sebagainya. Begitu pula peraturan harta-harta kerajaan, wakaf, wasiat yang bukan untuk orang tertentu.

Perkara-perkara tersebut merupakan masalah paling penting dalam pemerintahan. Untuk itu Ali bin Abi Talib pernah berkata:"Manusia mesti memiliki pemerintahan. Sama Ada baik ataupun buruk." Kemudian beliau ditanya: "Wahai Amirul Mukminin, pemerintahan yang baik telah kami ketahui, apa yang engkau maksud dengan pemerintahan buruk?" Beliau menjawab:"Dengan pemerintahan buruk masih dapat dilaksanakan hudud, mengamankan jalan, memerangi musuh, dan mengagihkan harta rampasan."

Pemerintah perlu mengkaji masalah ini dan melaksanakannya tanpa mesti menunggu dorongan orang lain, juga masalah persaksian di dalamnya mesti dilaksanakan walaupun tidak ada yang menyokong. Meskipun ulama fikah berselisih pendapat dalam melaksanakan hukum potong tangan bagi perompak, apakah perlu kepada wujudnya tuntutan daripada pihak yang dirompak untuk mendapatkan hartanya semula? Dalam mazhab Ahmad bin Hanbal dan lainnya tedapat dua pendapat yang berbeza, namun demikian mereka sepakat bahawa untuk melaksanakan hukum potong tangan tersebut tidak perlu kepada tuntutan pihak yang dirompak. Adapun sesetengah ulama mensyaratkan tuntutan ke atas harta yang dirompak agar terhindar daripada syubhat pada diri pencuri.

Perkara ini mesti dilaksanakan sama ada ke atas kalangan terhormat, golongan rendah, atau orang lemah, dan tidak boleh digugurkan sama ada melalui syafa'at, hadiah atau apapun juga. Syafa'at tidak dibenarkan dalam hal ini. Sesiapa yang membatalkan pelaksanaan hukum hudud padahal ia mampu untuk melaksanakannya, nescaya mendapat laknat daripada Allah s.w.t, Malaikat dan semua manusia. Allah s.w.t tidak akan menerima apa-apa amalan yang dibuatnya, dan ia termasuk golongan yang menjual ayat-ayat Allah s.w.t dengan harga yang murah.

Sekian..

2 comments:

  1. pelaksanaan hukum tidak mengira pangkat,darjat mahupun kedudukan..pemerintah seharusnya adil dan saksama dalam menjatuhkan hukum kepada semua pesalah agar tiada yang teraniaya..

    ReplyDelete
  2. pemerintah perlu mengkaji permasalahan yang berlaku kerana pemerintah mempunyai kuasa yang mutlak untuk menentukan samada hukum hudud perlu dilaksanakan atau tidak..

    ReplyDelete